Pages

Sunday, October 17, 2010

Gaji minimum sektor swasta dilaksana Jun-Julai 2011

SUNGAI PETANI: Gaji minimum sektor swasta akan dilaksanakan seawal-awalnya pada Jun atau Julai tahun depan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata, bagaimanapun tahap minimum gaji berkenaan hanya akan  diputuskan semasa pembentangan cadangan di kabinet pada Mac tahun depan. 

"Sebelum itu kita akan tubuhkan Majlis Penetapan Gaji Kebangsaan dan sebelum 
majlis itu ditubuh satu akta akan digubal dan dibentang dalam sesi parlimen 
akan datang. 
"Setelah majlis itu dibentuk, ia akan diberi tanggungjawab untuk tentukan 
cara mana nak tetapkan gaji minimum itu," katanya kepada pemberita selepas 
menghadiri Majlis Konvokesyen ke-3 Universiti AIMST, di sini hari ini. 

Subramaniam berkata, penetapan gaji berkenaan akan berdasarkan kepada sama 
ada di peringkat kebangsaan, wilayah atau sektor. 

Katanya, kemungkinan semua kaedah itu akan digunakan tetapi ia mesti sesuai 
dengan keadaan dalam negara selaras dengan pembangunan ekonomi, kebolehan untuk 
wujudkan peluang pekerjaan dan tidak menjejas keupayaan negara untuk menarik 
pelabur asing. -- BERNAMA 


sumber dari : Berita Harian


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Majlis Konsultasi Gaji Negara ditubuhkan untuk menjadi platform utama dalam penetapan upah golongan pekerja di negara ini. Mintak2 la gaji untuk jurutera sektor swasta starting basic RM2500 agagaggaga..maklumla sekarang ni perbelanjaan hidup bukannyer senang...semua benda nak naik....minyak naik....makanan naik...semua nyer naik..kalau gaji takat tu gak...cmne nak idop ye tak? heheheh sape sokong saye?


Introducing Skim Rumah Pertamaku with the Government guarantee on the 10% downpayment for first-time house buyers on property below RM220,000. <--- Lagi satu yg menarik minat saya bab beli rumah. Lepas kereta mau beli rumah pule heheeh


overall conclusion untuk budget 2011 sila baca sendiri....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...