Pages

Showing posts with label Melaka. Show all posts
Showing posts with label Melaka. Show all posts

Sunday, December 21, 2014

Jalan-Jalan Melaka: Upside Down House Melaka

Baru perasan dah 6 bulan tak update blog? Hahahahaha lama sungguh. Fuhhh Fuhhh tiup habuk dan sawang jap. Minggu lepas saje pegi Melaka ikot suami outstation. Makanya ade la jugak kita pergi berjalan sikit.

Kitorang pergi ke Upside Down House Gallery di area Mahkota Parade. Betul-betul area belakang Seri Costa Hotel. Baru bukak 3 minggu masa kitorang pergi tu. Jadi ramai orang taktau sangat.

Alamat: G12 & G14, Jalan PM 7, Plaza Mahkota, Bandar Hilir, Melaka.
GPS Coordinate: N2.18927 E102.24587

Lepas suami habis kerja terus shoot ke tempat ni. Nasib hari Jumaat tu bukak sampai pukul 9 malam. So sempat la kitorang pergi. Hehehe



Harga Tiket Dewasa: RM15
Kanak-Kanak: RM10
Warga Emas: RM10
Warga OKU: 50%
Masa kitorang pergi ade diskaun 10% sempena cuti sekolah. Sampai 31 December only diskaun tu.

Operating Hours:
Isnin - Khamis: 10.00 Pagi - 6.00 Petang
Jumaat - Ahad/ Cuti Am: 10.00 Pagi - 9.00 Malam 


Masuk-masuk je nampak mcam ni. Berbagai-bagai lakonan dan aksi diorang buat. Ade 5 ruangan terbalik yang korang leh beraksi. Living Room, Dining Room, Children Bedroom, Bedroom & Bathroom. Kitorang tengok dulu mula-mula sebab tak reti beraksi. So berharap dapat meniru aksi diorang hahaha. Tapi takpe jangan risau. Ade assistant yang akan ajar korang cmne nak ambik gambar. 

 Sebelum. Beraksi lah macam mana pun ye.


Selepas. Rotatekan gambar. Tadaaaaa. Tapi tips dia kan. Lebihkan lantai. Baru nampak cantik. Macam ni terlebih atas kan. Huhu

Ni mintak tolong assistant tu ambik kan. Huhuhu

Spiderman kononnye

Pokok pon jadi.







Habis sudah ruang dapur kami beraksi. Penat gak ambik gambo ni. Fuhhh

Ewah!

Aku mmg stone je. Tak reti sgt buat aksi. Laki aku kali ni ligat plak dia. Macam2 aksi dia nak buat. Breakdance lah. Spiderman lah. Kluang man lah. Macam-macam.



 
Aku rase ni je aksi terbaik yang aku buat hahaha. Terbaik la sangat???

Camni la pemandangan masa korang masuk-masuk. Semua mmg terbalik

Tidakkkkkkk. Jatuh la atas katil tu huhu



Hiyarghhhh. To the toilet bowl we go!



 

Camni la kat sana....Cuma seksa sikit untuk aku yang pendek ni. Bajet nak touch barang-barang tu tapi tak sampai sangat hahahahah. Jadi tunggu ape lagi...Cepat-cepat pergi k. Nak pergi kat Sabah jauh sangat. So pergi je la yang dekat semenanjung ni. Kat melaka je. Jom pegi ramai-ramai and have fun =)


Thursday, November 28, 2013

1st Anniversary Vacation - Philea Resort & Spa Melaka

Tadaaa...Fuhh Fuhh..Tiup2 sebab blog dah bersawang..Kekangan kerja yang melampau sampai sabtu ahad keje..Tak sempat buat ape..Haih..berhabuk gak benda ni dalam draft.
Alhamdulillah 10/11/2013 aritu anniversary kitorang yang pertama. Dah setahun dah perjalanan idop kami. Semoga dipanjangkan jodoh kami hingga ke jannah. Jadi kami plan dah lama dah untuk wat short vacation. Destinasi Kami Philea Resort & Spa Melaka..Kumpul duit ok nak g sini. RM455 belum masuk 10+6% tax tu...

katanya datuk Shah Rukh Khan penah duduk kat sini huhuh..pintu pon dah gerbang semacam..gerbang la juga duit poket kami haha..Datang-datang je dapat welcome drink. Limau asam boi. Sedap!

Eh macam comel je..Bollywoodnye laki aku hahhaha

Naik buggy nak pegi ke bilik hotel

Ni la bilik hotel kami. ade 4 bilik. Nasib kami yang atas. Boleh bagi bising2 kt org bawah hahahaha

Konsep resort ni bertemakan lodge...kayu balak dia..cantikk..masuk pon bau kayu

Tido dengan selesa after penat bekerja


semua kayu tau

pemandangan bilik kami berdepan je dengan swimming pool



Do not disturb!

 Cantik kan swimming pool dia..malam lagi cantik


budak cinonet

jalan-jalan amik angin petang

and lepas tu have a nap...vacation ni kami tak g pon jalan-jalan kat melaka. pasal dah selalu pegi. lebih kepada nak merehatkan diri dan tenangkan fikiran (tp tak tenang pon asik2 call masuk ting tong ting tong tanye pasal keje..aku baling phone nah senyap terus n biol sampai skrg hahahah)

Malam tu makan dekat Restoran dekat Hotel tu..Marbeles! Sedap. Macam biasa cik abang dengan tekak melayunye..i plak western la hehe..Lepas tu balik tengok tv n tido...

Sarapan pagi esok. Banyak pastries Nyums!

oh yang ni tak sedap.

kitorang makan kat luar..tepi kolam..baru ade suasana bunyi2 air..dalam air cond..tapi dekat ngan tempat buffet la...

Pastu jalan-jalan dekat resort. Kitorang pelik semalam sebab ade forensik datang. Stalk dekat insta Philea ni rupenye ade kabakaran sehari seblum tu...Tatau la litar pintas ke ape..penghuninye selamat nasib baik. Kayu kan jadi cepat sangat merebak. Rentung habis! Lepas tu kitorang mandi dekat swimming pool. Mandi punye mandi. Berenang (kononnye) terus kaki cramp hahahahah! Dah tua la tu...

#ootd miahahaha nak check out dah

Nasib ade buggy ni..tak penat aku berjalan...

Eh Tok Jib rupenye yg rasmikan...

Lobby Area
                       
Check out n jalan melaka pegi tgk muzium kapal selam..Dulu laki aku pegi masa lepas tunang. Tapi tak leh masuk lagi. Sikalang sudah boleh masuk maaa


macam-macam kat dalam tu


tempat tido yg sempit


ni la dia kalau honeymoon berdua susah nak gambo sekali. Pakai split pic je la tu pon x jadi hahahah

Pastu Singgah makan nasi beriani. Nak makan Yong Tau Fu Telok Gadong tutup plak. Haih

Hubby kata seronok la tido hotel 5 star ni..Amboi dah mahal mmg la sedap. Dia nak try Grand Lexis plak pasni hehehe ^_^. Ok Jom
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...