Day 3 – 9 March 2013
Bangun pagi dan
sarapan seawal 7 Pagi..Sarapan di Padi City Resort. Sedap kuah sotonye…Nyum
Nyum…Makan ditemani pemandangan Gunung Arjuna dan sawah padi..Belakang hotel ada taman dan kolam renang…leh pegi jalan-jalan situ..main-main buai ke…
unik cawan pakai tempurung kelapa je
tempe, begedil n telur
kuah soto dia
nice kan tempat sarapan dia
menikmati pemandangan sambil makan
my family tengah melantak
Lepas makan kami
teruskan perjalanan ke Sendang Biru. Sebelum itu singgah di masjid Pesantren
Salafiyah Bihaaru Bahri Asali Fadlaailir Rahmah!~ Fuhh semput aku nak menyebut
nama dia panjang sangat…Dikatakan masjid ni dibuat oleh Jin dan siap dalam masa
sehari je..Tapi binaan masjid ni telah ditambah menjadi 11 tingkat. Tapi Cuma
satu..sebab dia masih dalam pembinaan jadi banyak habuk dan debu kat lantai.
Tapi dia tulis ‘Suci’ Jadi kita kena buka kasut.
Salah satu jalan masuk. Banyak kot tempat masuk.
Rase macam main semunyik2 dalam masjid. Pening besar sangat.
Jalan-Jalan sampai blur. Mane satu tempat nak solat. Ke semua tempat leh solat huhu?
Pengantin dah basi
Tapi rasa nak
citer sikit la..Kebanyakan musholla (surau/masjid) kat sini agak sedikit
kotor..Macam tak berjaga..Maybe takde sumbangan untuk menjaga musholla
tersebut. Jadi ape yang family aku buat..Kami akan cuba jamak solat dari Hotel
ataupon sampai hotel awal untuk kami solat di hotel. Sebab rasa tak berapa
selesa sikit nak solat di tempat yang kurang bersih. Rata-rata tempat solat di
sana seblum masuk ke tempat wuduk kita kena lalu macam kolam..Tapi masalahnye
air kolam tu kotor…jadi aku terpaksa jengket-jengket tanak kena air kolam
tu..Tapi terkena jugak..adoila..maybe reason dia untuk membersihkan kaki..Tapi
masalahnye air tu kotor huhu..Better solat di hotel dulu ok..ataupon sampai di
hotel awal sikit..Kalau tak sempat terpaksa benti mane-mane la..
Selepas tu kami
teruskan 3 jam perjalanan ke Sendang Biru ataupon kat situ ade Pulau nama dia
Pulau Sempu. Tempat ni Abah aku cakap cantik sebab ade lagoon dalam pulau..Tapi
nak pergi ke situ haruslah menempuh Lumpur yg sedalam betis kita selama 3 jam
kalau tak hujan..Kalau hujan 5 jam…sejauh 3km kena jalan kaki…Lepas tu baru
jumpa Lagoon/Danau yang sangat cantik ni.
Perut Lapo jadi
kami melantak dulu kat area situ. Makan Ikan Bakar Tuna & Ikan Bandeng.
First time I makan Ikan Tuna. Selama ni bagi kucing je makan Tuna. Sedap
rupenye tuna ni. Rase dia manis sikit. Ikan Bandeng plak aku tak suka sebab
rasa macam Ikan Tongkol.
Lepas tu setelah
berdiscuss ngan Pak Supir. Sebab masa dah lewat jadi tak leh sampai Pulau Sempu
tu. Kalau sampai pon dah malam kena bermalam sana. Masalahnye trip dah diatur.
Jadi terpaksala membatalkan hasrat nak pegi Lagoon tu. Bapak aku frust sebab
dia nak sgt tgk lagoon tu. Kesian dia. Takpela maybe satu hari nanti. Jadi
sebab dah sampai kami pusing-pusing naik bot je la. Senang kami tak payah bayar
sebab semua dah masuk kira. Jadi Pak Supir yang uruskan.
Ni la dia Lagoon tu..Cantik kan!! source from Google
Bersedia nak jalan-jalan keliling pulau
Biru Kehijauan mata memandang
Ewah Makcik yang depan tu
Bot-bot Nelayan
Kanak-kanak riang
Cantik air kat
pulau tu. Biru kehijauan…Boleh benti jap kat pulau sempu tu. Alang-alang dah
benti mandi terus laaa hahaha~ Memula aku tanak mandi. Nak main-main air je.
Tapi pandai adik aku ngan suami aku baling-baling air. Abes basah..dan sudahnya
kena la aku mandi..Adoi..aku bukan ape..aku suka je mandi kat pulau ke sungai
ke ape ke..Cuma pompuan so malas nak tukar baju pastu nak kena cari tempat
perlindungan. Lelaki tak kesah memana boleh huhu…Boat man tu tinggalkan kami 30
minit. Dah setel mandi aku sms pak supir suruh amik kitorang..ahahha dia ade
bagi no. tapi aku tak reti nak cakap. So sms pak supir je la lagi senang kan…
Petang tu kami
tengok Sunset di Pantai Goa Cina..Lebih kurang Bali pemandangan kat situ..Kuat
betul ombak dia dan tengah aku pose sana sini. Tak sempat nak lari abes aku
kena simbah T_T…Habis basahhhhh
Kan aku dah cakap? Gambar menceritakan segalanya. Memang tak sempat nak cabot. Basah T_T
Last tengok
sunset kat Bajul Mati @ Buaya Mati…Lepas tu semua tertido masa perjalanan balik
ke Malang..Singgah makan di Warung Tepi Jalan..Makan Pecel Lele, Bebek, Ayam
& Tempe..Biasala makanan sana. Tapi serius yang ni sedap. Lele dia garing
gile and sambal pon sedap…Semua sekali harga RP91500 atau pon dalam RM30
la..Tak sangka warung tepi jalan pon sedap ye. Mak siap belajo lagi cara nak
wat sambal dia..Huhuhu
Lele Goreng
Bebek Goreng
Tempe Goreng
Lapo nampaknye budak yg tudung coklat tu
Sampai hotel
bersihkan diri n terus tido. Tapi sebelum tido ade bunyi pelik yang buatkan aku
terus melompat ke suami aku. Takot aku. Tatau bunyi ape..Rupenye esok aku tanye
org hotel..Rupenye tu bunyi Po’Ke..Cicak yang sangat besar tu…Arghhh aku dah la
penakot cicak..nasib dia tak muncul semalam..Cuma dengar bunyi jerk..Kalau tak
mmg husband aku la kena jadi penyelamat..Hahhahaah…
End of Day 3
Day 4 – 10 March 2013
Check out Padi
City Resort n terus pergi ke Candi Jago Peninggalan Kerajaan Majapahit. Banyak
candi tapi kami pilih satu je la..lebih kurang sama je semua…
Singgah di
Ladang Apel di Poncokosumo. Ni sikit je sebagai mukaddimah. Nanti kat Batu kita
boleh petik dan makan sepuas hati Apel ye…
Sepanjang
perjalanan kelihatan kobes, kentang daun bawang dan banyak lagi tanaman sayuran
lain. Ditanam kat lereng-lereng Pergunungan Ngadas. Jadi nampak hijau
je..cantik…Lalu kat Teletubbies Hill dari atas. Nanti masa kita pergi Gunung
Bromo barula kita boleh bergambar kat Teletubbies Hill tu. Kira kita berjalan
mengelilingi dia la ni…Nampak orang kecik je kat bawah macam semut hehe…Lepas
tu singgah jap kat Tasik Ranupale…
Bawah tu Jalan dari Gunung Bromo ke Teletubbies Hill...Kecik je kan dari atas
Tasik Ranupale
Akhirnya pukul
6.45 petang sampaila kat Ijen View Hotel. Malam tu kami makan ringan je pasal
tadi makan lunch lambat. Makan malam
Terang Bulan (Apam Balik kalau kat Malaysia), Murtabak dan Kolton (meat
ball)..Beli snek sikit-sikit kat mini market pasal esok kena bangun pagi kol
3.45 pagi untuk pergi Kawah Ijen..Antara kawah gunung berapi yang cantik kat
Indonesia…
Ni la Murtabak dia. Pelik sikit dari murtabak kita sebab dia goreng dalam minyak yang banyak.
Murtabak sedang berenang dalam minyak
Ni la Terang Bulan atau apam balik kat Malaysia. Macam2 filling ade..Pilih je n bayar OK
End of Day 4
To be Continued Part 3 - Pengalaman Mendaki Kawah Ijen dan Gunung Bromo. Mencabar bagi aku yang semput huhu. Stay Tune...
Click sini untuk part 3
Click sini untuk part 3