Pages

Tuesday, December 04, 2012

Prosedur dan Proses Permohonan Nikah

Salam semua...OK kita review step yang memula la ye...Pening gak sebenarnye nak sediakan dokumen untuk nikah ni...Penat dulu google sana sini untuk dapatkan maklumat. Selamat membaca, panjang entry ni. Untuk kes saya:

Pengantin Perempuan : Berasal dari Batu Pahat, Johor
Tempat Nikah: Batu Pahat, Johor
Pengantin Lelaki : Berasal dari Parit Buntar, Perak
Kes: Lain Negeri, kedua-dua bujang.

Lain Negeri bermaksud pihak lelaki kena setelkan penghantaran dokumen di pejabat agama negeri dia dulu. Contoh kes saya, pihak lelaki berasal dari Parit Buntar, Perak. Jadi dia kena setelkan dokumen kat sana. Dah siap sign n approve semua baru dokumen tu bagi kat pihak perempuan and pihak perempuan akan setelkan semua di pejabat agama Batu Pahat, Johor. 

First, kena beli borang di pejabat agama masing-masing. Suami saya (eh ye la suami dah kawen kan huhu) beli borang kebenaran berkahwin di Parit Buntar. Suami saya dapat borang Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin dan Borang untuk HIV Test. Saya plak beli borang kebenaran berkahwin perempuan di Batu Pahat. Borang 2 nama dia, bayar RM5. Mak saya pesan kat customer dia yg keje kat pejabat agama. So senang la sikit. Dalam sampul surat tu ada panduan mengisi borang, Borang Kebenaran Berkahwin Perempuan (Borang 2), Borang Wali, Borang HIV Test n sampul surat biru. 


Panduan..jadi takde la terkial-kial sangat..but still terkial-kial gak huhu

Ni la Borang 2 yang kita kena isi ye..Tulis rumi pon takpe kalau tak confident tulis jawi

Borang Wali

Borang HIV Test n sampul surat

Bila dah beli semua, start untuk prepare dokumen. Ingat lelaki kena setelkan dulu. Dah setel semua beri kepada pihak perempuan n perempuan akan uruskan semua untuk book imam.

Dokumen yang perlu ada untuk pihak lelaki (Negeri Perak):

1) IC Lelaki
2) IC Perempuan
3) Result HIV Test (Kena buat kat klinik kesihatan kerajaan sahaja refer entry lama saya) result valid selama 6 bulan sahaja. 
4) Surat Akuan Bujang (Boleh ambil dekat majikan yang beragama islam ataupon ketua kampung)
5) Sijil Kursus Kahwin 
*semua dokumen nak original berserta salinan. wat 2 salinan la nak selamat. pasal ade yang nak 2 salinan, ade yang nak 1 salinan.

Negeri Perak simple je dokumen dia. Johor leceh sikit. Tapi untuk HIV Test, Surat Akuan Bujang and Sijil Kursus Kahwin Perempuan kami sertakan sekali masa hantar borang kat Perak tu. Takut2 dia mintak lak perempuan punye kan, sebab tulis tak perlu. Borang Negeri Perak tulis dalam bahasa melayu. Untuk Negeri Johor tulis dalam bahasa jawi, tapi saya bantai tulis rumi sebab takut tersilap eja plak bila tulis dalam jawi. 

Suami saya masa tu ambik masa dalam seminggu untuk tunggu dia approve beserta cop n sign. Setel dokumen tu dia terus bagi kat saya. So bermulalah pula kepeningan saya hahaha:

Dokumen yang perlu ada untuk pihak perempuan (Negeri Johor):

1) IC Lelaki
2) IC Perempuan
3) IC Wali
4) IC Saksi Borang Pertama (Saksi Borang je ye, Borang 2 tu kena ade dua orang saksi nak sign n sahkan. Bukan saksi masa akad nikah, jangan confuse..Sesape je boleh janji lelaki islam yg bukan dikalangan ahli keluarga)
5) IC Saksi Borang Kedua
6) Result HIV Test (Kena buat kat klinik kesihatan kerajaan sahaja refer entry lama saya) result valid selama 6 bulan sahaja. 
7) Surat Akuan Bujang (Boleh ambil dekat majikan yang beragama islam ataupon ketua kampung)
8) Sijil Kursus Kahwin 
9) Sijil Nikah Ibu Bapa untuk kes pengantin perempuan tu anak sulung. (ye saya la tu)
10) Borang kebenaran berkahwin perempuan (Borang 2) yang dah diisi dengan lengkap
11) Borang Wali yg dah diisi dengan lengkap
12) Dokumen Kebenaran Berkahwin Luar Negeri (ni la dokumen yg ambik dari lelaki yg dah approve tu)
*semua dokumen nak original berserta salinan. wat 2 salinan la nak selamat. pasal ade yang nak 2 salinan, ade yang nak 1 salinan.

Hah..Banyak kan perempuan punyeeee...pening kepala nak sediakan bende ni..siap bawak file kehulu-kehilir uruskan bende ni.

Dah prepare semua, bersedialah untuk pegi ke Pajabat Agama untuk menghantar borang dan sesi temuduga (huwarghhh ni part yang paling cuak). Johor ade interview ye jangan lupa. Nak tau soalan? Hehe sila baca lagi. Pastikan berpakaian sopan. 

Pada pagi selasa yang indah, saya pun pergi la pejabat agama. Ramai sangat orang kat pejabat agama. Ambik nombor n tunggu...Bila nombor kena panggil, bagi semua dokumen kat dia n dia check..siap ckp..'cepat sikit'..eh aku dah laju kot ni..macam saya..mak saya dah book Imam Subuh awal-awal masa lepas tunang aritu. Sebab tarikh 10.11.12 ramai. jadi mak saya book awal..kalau tak book dia akan assign atau kita pegi cari imam yang kita nak. So bagitau orang pejabat agama tu kita dah book imam. pastu dia suruh isi satu borang n photostat kat bawah...baca2 kat situ borang interview...gila cuak ok..baca dulu soalan satu persatu..siap tulis lulus atau gagal..soalannye..jeng jeng jeng:

1) Mengucap Dua Kalimah Syahadah
2) Bacaan Qunut
3) Munakahat (biasanya tanye rukun nikah)
4) Taharah (biasanya tanya niat mandi wajib atau cara mandi wajib)
5) Tanggungjawab suami isteri



pegi kat situ ye

ambik nombor dulu

dub dab dud dab..alih2 dia suruh g kaunter 1, hantar borang n bayar RM17 untuk borang nikah dan borang2 lain...lepas tu done..blur giler..eh dah? haah setel..dia senyum...oooo baru ku tau aku terlepas untuk sesi interview sebab hari tu ade sesi perjumpaan tok kadi...patotla ramai..so takde sape nak interbiu..so sape hantar borang aritu semua terlepas interbiu..alhamdulillah..rezeki saya =)

ni kaunter 3 & 4...submit borang

ni kaunter 1...kaunter bayaran

hah kan dah cakap..ramai kan tok kadi..ade perjumpaan tok kadi sedunia..tu yang semua orang bz tu...

borang ni jangan isi pape..nanti nak kena bagi imam...ade lagi borang2 lain..jangan isi gak

isi yang dia tanda je..borang ni je yang isi..ni pon bagi imam nanti..

Borang-borang yg kita dapat tu jangan isi. Isi satu borang yang dia tanda je. Lepas dah isi hantar semua borang tu dekat imam yang bakal nikahkan kita. Macam kes saya, Imam Subuh suruh hantar seminggu sebelum nikah. Pasal ramai lagi bakal pengantin yang dia nak nikahkan. So seminggu sebelum majlis baru saya pergi contact dia balik. Lepas dah hantar kat dia, tunggu je hari bahagia anda =)

Tips: Kalau kat Batu Pahat, Imam Subuh kira famous sangat sebab perwatakan dia yang kelakar dan menceriakan majlis nikah. So takdela bakal pengantin cuak gila sampai berpeluh-peluh dan tergagap-gagap. Jadi sila book imam subuh awal-awal ye.

Borang ni valid untuk 3 bulan je..so 3 bulan sebelum majlis dah leh start prepare all the document...

Harap entry ni sedikit sebanyak dapat membantu =)





9 comments:

Unknown said...

Salam...sy nk tnya pasal hiv test..sy org johor..tp bkerja d selangor...klau sy ada borang hiv test johor, bole x sy buat test d selangor?

Unknown said...

Salam...sy nk tnya pasal hiv test..sy org johor..tp bkerja d selangor...klau sy ada borang hiv test johor, bole x sy buat test d selangor?

CikanoT said...

@wan syafiq yups..boleh..guna je borang hiv test johor tu...

Unknown said...

Salam..

Borang kawin valid dlm 3 ke atau kene mohon 3 bulan sblm tarikh kawin? Cth sy nak kawin awal bulan 12 nie tp masih belum buat kursus kawin serta hiv test...masih sempat ke? Mnta pencerahan..
Tq.

CikanoT said...

@Naga Bukit - Borang tu hanya valid 3 bulan je so awak apply la bulan 9..kalau apply awal2 tak boleh sebab by the time awak nak kawen dah expired..

SNG said...

Panjang jugak proses nak kahwin ni. Bukan senang kalau busy.

Nizam said...

Salam,
Nak tanya skit pasal dokumen asal tu, bab IC, masa permohonan pelepasan nikah luar kawasan tu (perak) nak dokumen asal kan, Jadi Si bakal isteri kena ikut ker sebab nak bawak IC dia. Sebab bakal isteri duduk jauh (pahang).

Anonymous said...

'Borang ni valid untuk 3 bulan je..so 3 bulan sebelum majlis dah leh start prepare all the document...' brkenaan psanan ni,,, mksdnya klau kte siap prepare 4 bulan sblum nikah, lpastu kte hntr ke pjbt kadi,,,borg2 kte x diterima ke? mcm tu?

ain5572 said...

Asalamualaikum... Sy nak tanye.. Sekiranya bakal suami org Johor dan bakal istri org Selangor.. Bakal suami perlu daftar nikah di negeri mana?? Mohon penjelasan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...