Pages

Friday, February 06, 2015

Renew MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Plaza Shah Alam

Sabtu 24 Januari 2015 aritu ajak husband pegi tukar MyKad dekat Plaza Shah Alam Level 6. Malas nak pegi Putrajaya sebab besar sangat bangunan. Kih Kih malas nak jalan.


Plaza Shah Alam Level 6 ye. Thank you Google. Parking kat tingkat atas senang. Terus keluar and naik lif. 

Memula tersalah pegi tingkat 7. Eh takde orang Yes. Sekali rupanya Tingkat 6. Haahaha

Sabtu dan Ahad bukak. Bagus kan. Tak payah cuti nak buat IC. 

Waktu Rehat untuk hari Jumaat

Masuk-masuk sila ambik nombor ye. Kitorang sampai dalam pukul 9 pagi. Nombor 1100. Skrg baru 1072. 

Nah amik ko ramai. Nasib kaunter banyak jadi takdela berjam menunggu. 


Kaunter ambik gambar ye. Pastikan jangan pakai pakaian yg cerah. Pakai yang gelap. 

Tiba time aku. Just bagi IC lama and dia tanye nak tukar alamat tak. OKla tukar la sekali. Lepas tu dengan baik dan sopannya dia berkata "Puan Sharifah, setakat umur sekarang ni disebabkan Puan tak penah tukar IC sejak 2001 (umur 15 tahun). Jadi kena penalti ye RM60 ye. Bayaran permohonan RM10 and pemprosesan RM10. Total semua RM80" T_T Nangis membayonye...Padan Muka sape suruh tak tuka..Konon pandai jaga mykad tak penah hilang. Nah ko bayo la ko RM80. Sape suruh tak tukar sampai umur 25 tahun..Pastu dia panggil lagi sekali untuk ambik gambo. Sekejap je eh dah ambik gambo dah. Ntah ape la jadi ngan muka aku nanti. So korang be ready k. 

Nah jadual denda. Umur rahsia. Pandai2 la calculate sendiri aku kat peringkat mane. kih kih. 

Usha encik suami ambik gambo huhu

 Tak aciiiiii. Encik suami bayar RM10 je. Why Why! Cewah. Nasib dia dah penah hilang ic sekali. Kalau tak same je la mcm aku kena bayar RM80. Eh tak dia tua so RM100. Hihihi. Dalam 50 minit je kami kat JPN. 


Sila ikut peraturan ye. Dah bgtau pakai pakaian yg gelap ye. 

Bosan-bosan tunggu turn suami. Kita baca la sejarah jap.

Vintage!

Yang ni ingat. Abah n mak penah ade. 


Ahah. Yang ni ingat masa darjah 6 buat ic jenis ni. 

Ni yang tahun 2001. First mykad. 

Yang ni latest. Belum diwajibkan untuk tukar lagi. Tapi pegi je la buat. Kang time diwajibkan semua berebut-rebut lak. 

Masa kat kaunter dia suruh check hari Khamis/Jumaat. Sekali check hari Rabu 28 Januari dah siap dah. Cepat je 4 hari leh siap dah! Leh check kat online ye kat sini 
  
 Yeay boleh ambik dah!

Jangan lupa bawak IC lama and resit yang dia bagi aritu. Ambik nombor n masukkan resit tu dalam peti surat. Tunggu sampai nombor dipanggil.

Ingatkan IC lama dia potong tepi ke pastu bagi kita simpan. Sekali dia ambik daaa...Nasib sempat scan tau wat kenang-kenangan. IC baru ni tinggi nilainye bagi aku sebab RM80 kena bayar kah kah kah.

18 comments:

nieja said...

ic u yg last camne?
i pon x ingat bila last i tukar ic
hahahah.. kang ada je kena denda cam u jugak

CikanoT said...

Mykad tapi gambar satu je. Takde macam skrg yang ade dua gambar tu huhu. Masa tu tahun 2001.

Syasya said...

Lame jugak tggu turn .

nieja said...

ehhh i punya pon yg tu hahhaha..

Wak Lat said...

salam. hee ada sejarah ic ya ;p

siti hazreen said...

berapa tahun sekali kena buat IC ek??

cv said...

Thanks for such informative blog!

Unknown said...

Ic lama tu yg kertas gmbr Ic tu je ?

Italian furniture said...

This blog could help for those who are actually are getting into this kind of trouble.
Thanks for sharing.

raihan a. said...

Thank you for this! Really helpful. We need more malaysian bloggers.

Unknown said...

Aik. Gambar dari artis aktor korea(kim jaejoong) pun ada..

Unknown said...

Aik. Gambar dari artis aktor korea(kim jaejoong) pun ada..

Unknown said...

Thanks for info =)

Unknown said...

Thanks for info =)

ツ иʋя αмιяα ツ ♥ said...

Kapla bana ko dkt pas. Dkt masalam bodo. Psl ikt ko la smue jd sesat. Dkt pas maximum tgkt 5 je tgkt 6 ats kepale ko ke? Bodo lain kali cri maklumat btl bru post bangang!!!

hzmz said...

Betul la tu Plaza Shah Alam aka Masalam. Kalau 'pas' tu Plaza Alam Sentral. Sedap je bodoh bangang kt orang lain.

Anonymous said...

Kesiannya adik ni...
Harap2 dah matang lah sekarang...
Lain kali baca betul2 Dik...

Anonymous said...

Bahasa menunjukkan bangsa.. budi bahasa budaya kita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...