Pages

Thursday, April 24, 2014

Mastercard Holiday - Eastern & Oriental Hotel Penang - Day 3 & Day 4

Sambungan hari tu. Oleh kerana banyak permintaan jadi saya gagahkan update walaupon sebulan dalam draft hahahahahah

Day 3 - 18 February 2014

Perjalanan dari Ipoh ke Penang kejap je. Kol 11 bertolak..Kol 12.45 cmtu dah sampai dah Eastern & Oriental Penang ataupon nama manjanya E&O. Abang Mazlan tu dropkan kami. Nanti petang kol 5 dia pick up kami semula untuk pergi ke lokasi seterusnye. Dimana? Jeng Jeng Jeng





Hotel ni dah lama. Ade 2 wing. Kami duduk wing baru yang bertingkat2 tinggi. Kalau dapat dok hotel yang lama kan besh. Baru la rase oldies dengan interior yang style British. Abah kata hotel ni dari dia kecik dulu dah ade. Tua lagi hotel ni dari aku hehe.

Macam biasa, hotel yang tahap 5 star ni check in kol 3. Kami terawal 2 jam hahaha. Bilik tak kemas lagi. Jadi kami duduk di Level 6 jap minum teh and kopi, complimentary sambil tunggu. 






Kol 2.30 bilik kami siap! Yippeee...Bilik kami no. 906 Level 9, Studio Suite Victory Annexe worth RM650 per night. Masuk2 je menangis tengok. Huwarghhhhh apsal cantik sangat ni. Bilik ala-ala British English Style. Nak bilik camni boleh tak?? Wallpaper cantik. Toilet cantik. Semua cantik. Bathroom je dah sebesar bilik kami kat rumah T_T . Bilik kami menghadap laut. Sayang jerebu. Kalau tak mesti cantik membiru. Tanpa melengahkan lagi. Solat jamak siap-siap. Sebab lepas ni ade English Hi-Tea. Excited!








Perut dah lapo sebab takde lunch. So Hi-Tea pon jadikla. English Hi-Tea dekat Restaurant 1885, Heritage Wing. Wing lama la. Jauh sikit jalan sebab kami duduk wing baru. Sampai depan restoran. Takot-takot nak masok. Hahahahah~! Apsal semua nampak class and elegant. Kami hanya orang kampung nak merasa hi-tea sob sob sob. 


Waitress suruh kami pilih Tea je. Dalam hati 'alaaa takde ke kek ke. Lapo ni'...Aku pilih Vanilla Rooibos Tea. Laki aku pilih Jasmine Tea. Atas meja ade satu besi yang aku x penah tengok. Untuk ape tatau. Tapi aku rase macam penapis teh. Hahaha unik sungguh benda ni.


Siot je laki aku. Dia suruh aku eksperimen dulu. Memang selalu bini dia la jadi mangsa. Betul ke tak cara penggunaan aku ni. Harap2 betul. Diorang serve tea. Laki aku cakap "cepat2 minum tea pastu kita lepak kat atas"..Hah yela OK aku cakap. Sekali masa tengah sedap2 menikmati teh tu. Sampaila satu rak sandwich dan sepinggan scones! Wow! Banyaknye dan aku sangat lapo. Apelagi hentam la...Sedap wehhhhh..Serious. Ingatkan tu je..Sekali sampai lagi satu pinggan dessert! Oh myyyyyyyy...aku ni dah la hantu dessert..Ade tart, cheese cake, chocolate cake and macarons. Nak menangis kegembiraan. Syukur dapat merasa makanan mahal. Huhuhu yela English tea ni sorang harga RM75++

Dah kenyang kita naik atas jap sambil menunggu abang driver. Kol 5 turun bawah. Ngam-ngam abang Mazlan pon datang. Dia duduk bayan lepas. Memang dah mahir la jalan2 sini. Patotnya kol 6. Dia awalkan sikit kua kol 5 pasal takot stuck dalam jem. Kitorang nak g Penang Hill. Dinner di atas sana Wahhhhh excited sungguh!



Actually kitorang baru je g Penang Hill masa lepas kawen dulu. Baru pegi dalam setahun la. Tapi dah nampak dah perubahan. Kat depan semua dah baru. Masa g dulu tengah renovate. Guna My Kad so pegi balik harga tiket RM8 sorang. Ahhh keciwa tak dapat duduk paling depan or duduk paling belakang sekali. Baru la leh terasa naik roller coaster and nampak better scenery. 




Sampai2 atas dah dalam kol 6. Hampir semua kedai nak tutup. Cuaca redup-redup je. Ade tempat baru dekat atas Penang Hill ni. Lock Love Penang Hill namanya. Tempat ni untuk couple2 gantung mangga kunci melambangkan cinta yang sehidup semati gitu. Ala diorang nak wat ala-ala Korea & Paris cmtu. Tapi tempat ni baru bukak seminggu masa kitorang datang, so mangga baru ade sikit. Tunggu banyak mesti cantik amik gambo. Kalau bawak paddle lock sendiri lagi bagus sebab boleh pilih yang comel2. Ni yang jual kat atas biasa-biasa je. Pastu nak design sendiri, pen dah nak habis dakwat. Sedih kami punye tak cantik. Harap pasni diorang leh tambah koleksi-koleksi mangga yang comel and paint marker yang berbagai warna. Mangga pon dah RM20 beli. Kalau beli kat shopping mall leh dapat yang cantik2 kan?? Tapi takpela dah tatau nak wat cmne. Bantaikan sajooooo! Tahun depan pegi, gantung lagi hahahah!


ambik spot dekat corner blkg kerusi. senang nak ingat bila pegi balik. hahaha ntah dah tua kerepot baru pegi balik agaknye.
  

gantung jangan tak gantung


Kol 7 kitorang straight g David Brown's Restaurant..Wahhhh romantik dia setup meja. Dinner by the hill, pastu leh nampak pemandangan satu Penang. Rasenye dinner yang paling romantik lah setakat ni hahaha. Seblum ni biasa-biasa je. Menu kitorang pilih sebelum pegi lagi, semua travel agent yg uruskan:

Appertiser: French Onion Soup & Garden Salad
Main Course: Chicken & Mushroom Pie
Dessert: Bread & Butter Pudding
Drinks: Coffee & Tea  

romantic n nampak scenery satu penang





romantik habes kononnyeeeee




Last train kol 9. Jadi kenala turun. Hadoi. Balik pon tak dapat gak spot yang diidamkan. Berebut2 punye pasal. Takpela. Terus balik hotel lepas tu n berehat.

nampak tak landasan malam-malam


bubble bath dulu sebelum tidooooo yeehaaa

Day 4 - 19 February 2014

Breakfast Time! Ade 2 pilihan. Nak makan ala continental breakfast dekat Level 6 ataupon buffet breakfast dekat Sarkies Restaurant. Better u olls pegi yang Sarkies. Macam2 ade. Yang dekat Level 6 tu setakat roti & cereal je. Dekat Sarkies memang banyak makanan sampai rambang mata aku nak pilih ape. Menu dari masakan melayu, cina, itali and western. Puas hati! 2 hari kat situ. 2 hari aku order Char Kuey Teow Penang. Sedap ohhhh!
Maafkan kami gambo tak banyak. Pasal nak melantak puas2. Yummy!

  


After that kitorang jalan-jalan keliling hotel. Boleh la tengok interior bangunan yang cantik ni. Teringin nak tengok bilik yang mahal tu di wing lama. Tapi mana la boleh kan hahaha. Pastu shopping fridge magnet jap kat kedai dia..Adela jumpa tapis teh tu. Baru ingat nak beli. Sekali amik kau RM300 T_T...apsal mahal sangat? 

Nak jalan kat Georgetown malas plak sebab kejap lagi kitorang akan round 8 jam kat area Penang ni. Transport provided..Abg Mazlan la yang bawak. Kawasan yang dituju ialah Georgetown! Selalu pegi penang mmg tak penah g Georgetown sebab susah parking. Banyak pegi area Batu Ferengghi je..So gunakan kesempatan ni utk pergi ke Georgetown. 




Round-round hotel dah tengah hari dah pon...Pegi lunch la dulu kat Sarkies E&O. OMG breakfast dah heaven. Now lunch lagi la heaven wehhhhhh...Ketam bergolek2, chicken chop, udang grill..dessert satu rak! Waduhhh cmne ni..semua nak amik kalau boleh. Aku refill pinggan banyak kali kot. Akak tu sampai dah bosan tengok muka aku yg gila dessert ni. Memang terbaikla makanan kat E&O ni. Bantai habis kitorang makan compare masa kat Ipoh aritu. Makanan mmg terbaek!!! Cika bagi 5 bintang!! Hehehe =) Lunch pon disupport i cuma sign je. Harga OK la dalam RM160++ je untuk both. So kalau balik kampung agak2 dah teringin boleh la singgah hotel ni hahaha.. Eh gambar ketam je yg ade. Yang lain x amik gambo sebab rakus mengadap makanan. 


Balik hotel solat jamak and bersiap-siap nak round-round Penang..Yeah..Abang Mazlan pickup kol 2 and straight mintak pegi Purrfect Cafe. Blur je dia..selalu org nak g historical punye tempat. Tapi aku g tempat yang dia tak penah bawak. Kitorang rare sikit ye bang..Bende2 sejarah tu dah penah g..so nak g tempat lain.

Purrfect Cafe

Purrfect Cafe ni sebenarnya cafe yang kita boleh lepak2 n santai2 sambil main2 dengan kucing. Konsep ala-ala restaurant dekat Korea. Cuma dekat Korea nampak macam kita leh makan sekali kan dengan kucing. Tapi dekat Cafe ni dia asingkan kucing di dalam bilik glass door. Actually sebelum pegi Penang memang dah study dulu tempat-tempat ape yang best dekat Geogetown. Tengok laman web Timeout Penang untuk pegi tempat2 menarik. So sebab tu tau tempat ni. Follow FB Purrfect Cafe ni. Ade hari-hari yang diorang fully booked. So saya pon book la awal-awal. Takot tak berkesempatan plak nak jumpa kucing2 cute ni hehehe. 




Setiap sorang yg masuk kena spend at least RM18 sorang kira macam tiket nak masokla tapi korang dapat makan n minum sekali. Tapi masalahnye perut kitorang da penuh hahaha. So kitorang order hot chocolate and coffee latte. Ade mille crepe my favourite. Tapi i mintak take away kan Peach Mille Crepe, nanti leh makan kat hotel hehe. Ade pie jugak kalau nak order. Ni cafe jadi jangan berharap la ko nak Nasi Goreng Belacan plak ye. Okey order tu cukup RM36. Seblum naik atas kena basuh tangan dulu ye and bukak kasut. Ade rules dia. Baca tau!







Naik-naik atas je kitorang yang pencinta kucing ni mmg dah teruja la tengok cat tengah main-main. *Ala rindu plak kat chi's family kt hotel yang kena tinggal seminggu..isk isk* . Ingatkan masuk ikut turn. Rupanya tak kisah. Sesape boleh masuk. Kitorang tunggu air jap sampai. Air dia comel sangattt...Decorate muka kucing hehehe. 



Kucing-kucing itu main ikut shift..So sekali turn ade 3 ekor..dapat la i main ngan Bear, Leo and Marble..Huuuu semua comel....Tapi diorang macam da penat main..nak tido je..






Kebetulan kami datang masa nak tuka shift (ceh kucing pon ade shift)...So dapatla kami main dengan kucing2 lain. Si gemok persian, Orange nama dia. Wahhhh kuat mainn kejar-kejar. Teruja aku main dengan dia. Flat Face Persian. Memang penyek muka dia. Comel hehhehehe...









Amik gambo puas-puas and main2..Lepaskan rindu ngan anak bulus...Overall kitorang suka sangat and nnt nak try test cat cafe yang dekat KL plak hehe..Next!

The Camera Museum

Betul-betul terletak sebelah je dengan Purrfect Cafe. 10 saat dah sampai dari seblah hahahaha. Kami berdua mmg peminat camera sangat-sangat! Museum kat tingkat 2. Kalau nak g museum kena bayar RM20 sorang untuk dewasa. Kalau nak jalan-jalan kat bawah ade cafe and kedai cenderamata tak kena bayar. 






Masuk je dalam museum tu. Wow! Siapa yang rajin sangat kumpul collectable cmni heh? Mau makan beratus2 ribu ni harga dia. Semua antik2 belaka. Ternganga la mulut aku sebab kamera dari zaman batu 1800an sampai la sekarang ni display kat sini. Tak caya pegi tengok sendiri nanti. Dari sekecik ade sampai ke beso gajah punye kamera ade kat sini. Gila tabik spring..berangan plak nak kumpul barang cmni. Mesti besh pastu bukak museum sendiri n dapat duit wakakakka. Boleh?


Ade camera and video camera yang boleh diguna kat satu meja ni. Seronok rasenye leh pegang bende yang aneh2 ni. Ade macam2 lagi koleksi kamera tak larat nak cerita satu-satu.








Next! Kita ade Obscura Room. Boleh nampak gambar dipantulkan ke dalam kamera. Kamera ni pakai konsep cermin & cahaya. 



Pastu pegi bilik yang seterusnya iaitu bilik mencuci filem! Wahhh mmg nampak cahaya inframerah je la...Tapi seboleh2 gak kitorang nak amik gambo weee heheheh~ Overall besh la bagi saya. Nak tau best tak best pegi sendiri OK.



Kat bawah plak ade Double Exposure Cafe dan kedai cenderamata. Ape lagi i mestila la beli koleksi fridge magnet. Dan t-shirt jugak sebab dapat diskaun RM10 hehehe. 

Tunggu Abang Mazlan amik nak pegi Rumah P. Ramlee tapi pukul 4 dah masa tu. Katanya dah tutup. Sob Sob Ok T_T. Actually Rumah P. Ramlee takde dalam plan kitorang pon. Saje je nak buang masa. Ok Next!

Made in Penang Museum



Made in Penang Museum berdepan dengan Jeti Feri Penang je. Senang nak carik cuma parking la agak susah. Pengguna Mykad boleh beli tiket dengan harga RM15 seorang. Actually museum ni based on Penang punye famous signature and ade jugak historical pasal Penang. Bagus untuk orang luar kenal-kenal ape yang famous kat Penang ni. Good idea kan!



Masuk-masuk je ade miniature arts. Staff kat situ terangkan serba sedikit pasal miniature tu. 


Pastu tingkat atas ade 3D graphic. Yeay excited. Sebelum tu jangan buang tiket yg kita beli tadi. Sebab dia suruh kita pegang tiket yang ade barcode kita menghala ke screen and tadaaa muncul gambar 3D kat screen! Jakun sikit masa tu. 


Next bergambar la kita dengan lukisan 3D. Banyak sangat lukisan. Lebih 20 rasenye. Bersedia la nak lakonkan banyak2 aksi hehehe..Tips! Bawak tripod ye bukan monopod. Ni bukan nak selfie. Ni nak berlakon kat lukisan tu. Penat kan asik nak suruh staff kat situ amik gambar. Diorang semua baik and friendly sangat. Siap ajar macam mane nak berlakon kat situ hehehe. Thanx. Ni hasil gambar kitorang. OK tak kitorang berlakon? Hehehe nampaknye suami ku dah tak kaku macam nyanyi lagu negaraku. Dia dah pandai berlakon ikut jejak langkah bininya hahahha.










Eceli aku sebenarnye bukan dalam cermin...ilusi optik hehe...


Street Arts Penang

Suami nak g Toys Museum Penang. Dia dah pindah rupanya. Dulu g kat Tanjung Tokong. Sekarang da pindah. Tapi tak sempat masa tu dah pukul 5.30. Abang Mazlan kata dah tutup. Takde rezeki. Takpe kampung awak dekat je ngan Penang. Bila2 kita leh pegi =). Abang Mazlan cadangkan kita jalan-jalan and amik gambar Streets Art Penang. Aku ade print map dia. Tapi banyak sangat tak larat dah. So mane yang jumpe je amik gambo. 
 


Tengah jalan-jalan tu ade Ben's Toy Museum kecik je. Boleh la lepaskan hajat dia nak g Toy's Museum huhu. Masuk RM6 seorang. Excited pakcik tu main mainan klasik pin ball. Sampai 'hang' dibuatnya hahaha. Dalam tu banyak toys antik. Aku seram ngan patung manusia mainan tu. Aku tak suka hahaha. 


Cewah abang driver kami buat peace sambil tensi menunggu kami hahaha







Sup Hameed Penang

Pastu dah kol 7. Lapo...Jom Makan. Memula i nak Char Kuey Teow tapi foodcourt dekat Padang Tembak banyak yang tutup plak. Tatau mane yg leh dapatkan Char Kuey Teow Penang yang halal. Huhu. So end up abang Mazlan cadangkan makan Sup Hameed. Dekat je ngan hotel E&O kitorang. Ade tergoogle pasal sup ni. Ok la give it a try la. 



Ini dia Sup Hameed. Ade macam2 jenis sup OK. Nak ape pilih je. I pilih sup ayam la pasal i tak biasa makan yg eksotik. Suami pilih daging campur ayam. Abang Mazlan minum je, dia kata bini dah masak. Sekali makanan sampai tgk biasa je. Tapi bila makan. Lazatnyeeee..I ni dah la peminat sup. Boleh makan dengan roti ataupon nasi. Suami tambah nasi. I tambah sup kosong sahaja sebab nak hirup hehehe. Kalau lapo malam nanti boleh turun sini pasal dekat je ngan hotel.


Balik hotel dalam kol 8 lebih. Thank you kat Abang Mazlan sebab bawak kami jalan-jalan hari ni. Semoga berjumpa lagi! Balik hotel makan kek lagi. Kek dah penyek hahaha. Penat mari kita tido. Continue ke destinasi seterusnya esok! Excitednyeeeee


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...