Pages

Sunday, December 21, 2014

Jalan-Jalan Melaka: Upside Down House Melaka

Baru perasan dah 6 bulan tak update blog? Hahahahaha lama sungguh. Fuhhh Fuhhh tiup habuk dan sawang jap. Minggu lepas saje pegi Melaka ikot suami outstation. Makanya ade la jugak kita pergi berjalan sikit.

Kitorang pergi ke Upside Down House Gallery di area Mahkota Parade. Betul-betul area belakang Seri Costa Hotel. Baru bukak 3 minggu masa kitorang pergi tu. Jadi ramai orang taktau sangat.

Alamat: G12 & G14, Jalan PM 7, Plaza Mahkota, Bandar Hilir, Melaka.
GPS Coordinate: N2.18927 E102.24587

Lepas suami habis kerja terus shoot ke tempat ni. Nasib hari Jumaat tu bukak sampai pukul 9 malam. So sempat la kitorang pergi. Hehehe



Harga Tiket Dewasa: RM15
Kanak-Kanak: RM10
Warga Emas: RM10
Warga OKU: 50%
Masa kitorang pergi ade diskaun 10% sempena cuti sekolah. Sampai 31 December only diskaun tu.

Operating Hours:
Isnin - Khamis: 10.00 Pagi - 6.00 Petang
Jumaat - Ahad/ Cuti Am: 10.00 Pagi - 9.00 Malam 


Masuk-masuk je nampak mcam ni. Berbagai-bagai lakonan dan aksi diorang buat. Ade 5 ruangan terbalik yang korang leh beraksi. Living Room, Dining Room, Children Bedroom, Bedroom & Bathroom. Kitorang tengok dulu mula-mula sebab tak reti beraksi. So berharap dapat meniru aksi diorang hahaha. Tapi takpe jangan risau. Ade assistant yang akan ajar korang cmne nak ambik gambar. 

 Sebelum. Beraksi lah macam mana pun ye.


Selepas. Rotatekan gambar. Tadaaaaa. Tapi tips dia kan. Lebihkan lantai. Baru nampak cantik. Macam ni terlebih atas kan. Huhu

Ni mintak tolong assistant tu ambik kan. Huhuhu

Spiderman kononnye

Pokok pon jadi.







Habis sudah ruang dapur kami beraksi. Penat gak ambik gambo ni. Fuhhh

Ewah!

Aku mmg stone je. Tak reti sgt buat aksi. Laki aku kali ni ligat plak dia. Macam2 aksi dia nak buat. Breakdance lah. Spiderman lah. Kluang man lah. Macam-macam.



 
Aku rase ni je aksi terbaik yang aku buat hahaha. Terbaik la sangat???

Camni la pemandangan masa korang masuk-masuk. Semua mmg terbalik

Tidakkkkkkk. Jatuh la atas katil tu huhu



Hiyarghhhh. To the toilet bowl we go!



 

Camni la kat sana....Cuma seksa sikit untuk aku yang pendek ni. Bajet nak touch barang-barang tu tapi tak sampai sangat hahahahah. Jadi tunggu ape lagi...Cepat-cepat pergi k. Nak pergi kat Sabah jauh sangat. So pergi je la yang dekat semenanjung ni. Kat melaka je. Jom pegi ramai-ramai and have fun =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...